Thursday, December 23, 2010

berbakti pada BUMI

Posted by damai jer... at 9:00 AM 0 comments
1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan dari menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.
 
2. Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan menggelakkan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat.
 
  3. Guna semula beg plastik membeli belah sewaktu keluar untuk untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastic kerana ianya sukar untuk dilupuskan.
 
 4. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.
 
5. Kumpulkan kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.
 
6. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak.
 
 7. Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan air yang diisi ke dalam baldi untuk mencuci kereta.
 
8. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.

9. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.



10. Sokong dan bantu program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.


masih tak pasti...

Posted by damai jer... at 8:45 AM 0 comments
semua berkaitan dengan task yang akan aku buat untuk kursus esok.. rupanya bila benda baru untuk kita macam blurr je nak fikir... rasanya kalau benda yang tetiba ajer aku nak merepek mesti cepat jer otak berputar... huhuhu, camna yer... takperla, esok jer aku pikir... 

 
kalo aku budak tecit kan senang... hehehe, takde nak pikir apa.. tapi menurut info yang aku baca rupanya baby ker, budak kecik ker, diorang lagi banyak berfikir... tapi budak kecik ni kalo wat muka blurr comel jer kan...
  
tapi cuba kalo orang tua yangg blurr mesti buruk jer rupa... hahaha...
saper yang rasa diri tu belia remaja yang nak wat muka blerr tu control sket ya... ingat, awak tu bukan budak kecik, blurr yang cumelll...
takperla... lagipun aku bukan bler sangat pun, sajer jer nak wat-wat bler...
bukan malas keyyy... menda ni baru jer, so aku masih tak pasti itu ajela...



Wednesday, December 22, 2010

senyum

Posted by damai jer... at 11:22 AM 0 comments

Rahsia Di Sebalik Senyuman

Posted by damai jer... at 9:22 AM 0 comments
Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.
Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".
Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
Senyum dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Pujangga menyebut :” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
 

walau jiwa resah, hati tetap damai... Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez